NegeriTerengganu

Sekat LGBT, Elakkan Malapetaka

DUNGUN- Kerajaan Malaysia diseru supaya menyekat golongan ‘Lesbian, Gay, Biseksual,Transgender,(LGBT) daripada terus menyebarluas fahaman mereka kerana dibimbangi akan mengundang malapetaka.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun (DMPKD), Hajah Khairiah Mokhti berkata sebaliknya kerajaan Pakatan Harapan (PH), seolah-olah mengiktiraf mereka dengan memberikan kelonggaran dan menyebabkan pengaruh meningkat.

“Yang membuatkan puak-puak LGBT jadi bertambah berani, bertambah kuat suara, dan secara terbuka( menuntut kononnya hak mereka)”, jelas beliau ketika ditemui selepas menyertai Lawatan Bersama Ahli Parlimen Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli ke Hospital Dungun di sini pada 18 Ogos.

Khairiah turut menegaskan bahawa DMPKD bersama pimpinan PAS Malaysia dan Muslimat PAS Malaysia menegaskan bantahan terhadap LGBT.

“Kerajaan sepatutnya menyedarkan mereka, membawa mereka kepada cara hidup yang betul, bukan terus membiarkan mereka dengan cara hidup yang songsang,” tegasnya.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan ‘Kak Teh’, bersama-sama ahli jawatankuasa muslimat melawat pesakit-pesakit yang di tempatkan di wad wanita.

“Kalau haritu kita buat dalam hari raya puasa, hari raya haji pun Ustaz Wan Hassan ambil inisiatif untuk menyantuni, menghargai ataupun untuk kegembiraan mereka walaupun dengan jumlah yang tak berapa banyak”, katanya

Beliau yang amat menghargai kerjasama yang diberikan oleh seluruh pengurusan hospital termasuk jururawat yang bertugas.

“Mudah-mudahan dengan lawatan ini, dapat kita merapatkan silaturrahim antara rakyat, Parlimen Dungun ni dengan Wakil Rakyat”, katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️