NegeriTerengganu

PAS Tidak Halang Projek, Tapi Bimbang Kemusnahan Alam Sekitar

KUALA NERUS – PAS tidak mengahalang projek membina dan menaik taraf jalan baharu yang menghubungkan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC) melalui jambatan angkat ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM).

Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus, Haji Mohd Fazil Wahab sebaliknya berkata, projek pembangunan itu telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar pesisiran pantai.

“Kalau kita tengok dulu pantai ini cantik dan di tepi pantai ada tempat bermain bola dan kawasan tumbuh dengan pokok rhu dan kini musnah akibat tangan-tangan manusia,

“Tapi sekarang sudah tidak ada sebab kerajaan nak buat pembangunan di tepi pantai  yang memudahkan orang nak ‘jalan’,” katanya.

Beliau yang merupakan calon PAS N11 DUN Seberang Takir ketika melawat kawasan pembinaan terbabit pada Khamis, 3 Mei.

Katanya, kawasan ini merupakan kawasan yang teruk berlaku hakisan apabila masuk musim tengkujuh dan mengakibatkan air melimpah ke jalan.

“kita tak tahu siapnya jalan ini adakah menyebabkan kesan yang lebih besar kepada pembangunan?

“Saya sebagai masyarakat di sini bukan menolak dan tidak boleh terima pembangunan tetapi oleh kerana masalah  kemiskinan yang lagi ada di kawasan pantai,

“Rata-rata penduduk Kampung Baharu agak susah dengan pendapatan rendah dalam RM 500 hingga RM600,” jelasnya.

Menurutnya, kalau dilihat kawasan itu tidak dibahagi lot dan jalan hanya sementara untuk rakyat dan apabila siap mungkin penduduk akan dipindahkan ke tempat lain.

“projek tersebut dijangkakan siap pada tahun 2019 dan kalau tengok 10 tahun akan datang kita tak tahu mungkin dia akan tambak semua batu-batu,

“Ini jalan nak buat dekat dengan rumah orang dan saya rasa mungkin tinggi lagi kerajaan nak buat penghadang untuk jalan ini menjadi kawasan betul-betul ditepi pantai,”ujarnya lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️