NegeriTerengganu

DUN Ajil Bakal Mencipta Kejutan

HULU TERENGGANU – Calon PAS yang bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim yakin pengundi DUN Ajil akan mencipta kejutan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 kali ini.

Katanya, sebagai satu generasi yang moden, pengundi tidak takut kepada sebarang ugutan pihak luar.

Menurutnya, ‘politik ugut’ masih lagi berlaku yang mendakwa kononya kalau ada pihak yang tahu apakah yang akan diundi oleh para pemilih.

”sekiranya mengundi mana-mana parti maka ada pihak yang akan mengetahui kita mengundi apa, apa parti yang kita undi,

”sebenarnya itu satu ‘ugutan lapuk’, kita zaman sekarang ini kita sudah ada ilmu dan kita sudah mencapai tahap kemodenan dari sudut pengurusan pilihanraya, “ tegasnya.

Mantan Pegawai Pendidikan itu berkata, rahsia undi sebenarnya adalah teramat sulit, yang pengundi dan Allah sahaja yang tahu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dirumah di Kampung Peroh, Ajil, pada Rabu 2 Mei.

Oleh itu katanya, kepadamana-mana yang menerima bantuan sama ada BR1M, zakat daripada MAIDAM dan lain-lain, jangan takut mmembuat perubahan.

”kita undi mana-mana parti ………jadi jangan takut, kita (saya) mengharapkan kepada penerima samada BR1M, zakat daripada MAIDAM, penerima dana remaja jangan bimbang untuk mengundi PAS,” jelas beliau.

Justeru itu beliau yang telah mempunyai pengalaman mendidik anak-anak selama 20 tahun, yakin gelombang anak muda di DUN Ajil akan diterjemahkan kepada undi pada 9hb Mei nanti.

”yang menyatakan ingin mengubah kerajaan negeri Terengganu dari BN ke PAS akan kekal (dengan pendirian itu) hingga 9hb Mei,

”dan kita cuba mencipta kejutan di DUN Ajil…..memenangkan PAS sebab PAS belum lagi mencatat kemenangan di DUN Ajil,

”jadi inshaAllah mencipta kejutan mengubah struktur politik di Terengganu dan Malaysia amnya,” jar beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️