NegeriTerengganu

ADUN Chukai Akan Terus Berjuang

KUALA TERENGGANU – Perjuangan memastikan rakyat Kemaman dan negeri Terengganu terbela, akan diteruskan bagi memastikan anak-anak muda yang baru melepasi alam pendidikan, mendapat pekerjaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, beliau terus mengikuti perkembangan rakyat dan politik secara dekat, walaupun sudah 12 hari hari beliau ‘berehat’ di wad sebuah hospital swasta di Kuantan.

“setelah menjalani pembedahan untuk memasukan tiub bagi tujuan dialisis, dan proses dialisis 3 hari dijalankan selama tiga hari dijalankan,

“hari ini kesihatan saya bertambah baik dengan bacaan darah ‘cretinine’, ‘urea’ turun mendadak dan ‘hemoglobin’ sudah meningkat,” ujarnya.

Beliau yang dihubungi semalam berkata, in shaa Allah, esok atau lusa akan dibenarkan keluar.

Sehubungann itu, beliau keasl kerana katanya, tindakan kerajaan memulihkan masalah Kawasan Perindustrian Telok Kalong yang ‘malap’ sejak dua tahun kebelakangan ini, amat perlahan.

Bahkan, beliau mempertahankan pendiriannya, ada pekerja asing yang diambil, sedangkan ramai rakyat tempatan yang hilang pekerjaan.“Masaalah pekerja asing yang dijemput kerja oleh pihak Eastern Steel tidak dipedulikan…..,

“pelabuhan Kemaman yang terbaik sepatut dapat beroperasi semaksima, seperti pelabuhan Kuantan (tetapi) dipersiakan,” tegas beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️