NegeriTerengganu

Agama Benteng Anak Muda Terlibat Dadah

Oleh: Aqilla

KUALA NERUS – Peningkatan kes penyalahgunaan dadah adalah berpunca daripada kurangnya didikan agama yang betul.

Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir , Ustaz Zakaria Dagang berkata, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, isu tersebut masih berleluasa terutamanya di kawasan Seberang Takir yang menjadi salah satu ‘kawasan hitam dadah’ di Terengganu.

“Kerajaan Umno dan Barisan Nasional ( BN ) dibawah pimpinan Dato’ Seri Ahmad Razif tidak mendidik rakyat melalui program keagamaan sebaliknya banyak menganjurkan ‘pesta’ hiburan.

“Keadaan ini pastinya memberi suatu imej yang buruk kepada Seberang Takir, apatah lagi ia merupakan kawasan yang diwakili oleh Menteri Besar,” ujarnya.

Menurut beliau, dalam kes penyalahgunaan dadah, ibu bapa selalu disalahkan.

“Kerajaan tidak boleh berlepas tangan. Pendidikan agama perlu diterapkan sejak dari awal kepada kanak-kanak,

“Agama rakyat dan masyarakat sekeliling bergantung kepada agama Pemimpinnya, “tambahnya lagi memetik dari kata Ulama’

Justeru itu, Diharapkan agar semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing dalam mendidik masyarakat supaya kita semua berpegang pada Agama seterusnya dijauhkan daripada perkara buruk sebegini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️