NegeriTerengganu

Moga Ketulusan Muslimat, Ameerah Membuka Hati Pengundi

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS – Kesungguhan dan ketulusan Ameerah dan muslimat menyebarkan risalah PAS diharap dapat membuka minda masyarakat untuk mengundi PAS pada pilihan raya umum (PRU) ke 14 nanti.

Ketua Penerangan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus, Hajah Fadhilah Mohamad berkata, penyebaran risalah penerangan seperti itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang perkara yang berlaku dalam negeri Terengganu.

“Jadi inilah diantara tugasan yang kita lakukan menjelang PRU nanti dan kita harap dengan tersebarnya risalah yang diedarkan kepada pengunjung di sini akan dapat memberi kesedaran kepada mereka setelah mereka membaca risalah yang kami edarkan tadi,

“Apabila kita mengedarkan risalah, kita pergi kehadapan kenderaan mereka yang berjalan perlahan tu, mereka buka cermin dan menerima pemberian risalah dan juga belon untuk anak-anak kecil,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program ‘Street Dakwah Ambang Merdeka’ anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media (LPHM) Muslimat PAS negeri Terengganu dan Ameerah kawasan Kuala Nerus di Dataran Tembesu, pada Sabtu, 26 Ogos.

Menurutnya, program yang bermula jam tiga petang itu berjaya mengumpulkan seramai 30 orang petugas sukarela.

“Apa yang kami dapati pengunjung –pengunjung di dataran ini memberi kerjasama. Saya sangat berpuas hati dengan pogram pada petang ni,

“Dan pada hari ini kita sempat menyebarkan beberapa risalah antaranya lima manifesto yang terakhir tu, risalah ambang merdeka, buletin dan siaran program HAMRA pada 15 september nanti,” katanya

Justeru itu beliau yakin, usaha tersebut akan membuahkan hasil dan berdoa agar Allah memberikan hidayah untuk mengundi PAS.

Sementara itu, Ketua Ameerah kawasan Khairunnajjah Mohd berkata, program sempena sambutan merdeka itu selitkan dengan semangat patriotik cintakan watan berteraskan Islam.

“Pada hari ini penyertaan daripada muslimat dan Ameerah setiap dun di Kuala Nerus kita hantar lima orang Ameerah ke program ini,

“Kerana pada hari sabtu ni biasanya ramai pengunjung dan Insya Allah risalah ini akan sampai kepada setiap pengunjung disini dan kita telah sediakan sebanyak 400 risalah,” jelas beliau.

Oleh itu, beliau berharap supaya orang ramai yang menerima risalah itu dapat membaca dan memahami isi kandungannya.

Khairunnajjah turut menyeru agar semua Muslimat dan Ameerah serta penyokong PAS dapat beramai-ramai hadir ke program HAMRA yang dijadualkan pada 15 September depan, di perkarangan PASTI Tanjung Sabtu, Teluk Pasu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️