Pentingnya Pendidikan Islam Kepada Anak-anak
Oleh : Zainun Muhamad
SETIU – PAS menegaskan peri pentingnya anak-anak masa kini diterapkan dengan pendidikan Islam.
Ini kerana, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, YB Ustaz Ariffin Deraman memandangkan situasi sekarang, sekolah tajaan kerajaan tidak meletakkan Islam sebagai mata pelajaran yang penting dan tidak setanding mata pelajaran yang lain.
“PASTI telah menjadi tapak yang penting bagi melahirkan generasi menghayati Islam yang syumul,
“Kita yakin institusi PASTI akan terus releven dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berdaya saing dengan pelajar lepasan Tadika tajaan KEMAS,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penangguhan sesi Alam Ria PASTI di program Himpunan Harapan Semua PAS Ganti Umno (HARAP) – PGU 3.7 Setiu, 28 Julai, disini.
Menurutnya, PASTI juga telah melahirkan individu yang boleh dibanggakan seperti rancangan Da’ie Millenium dan ada diantara pesertanya pernah mendapat pendidikan awal di PASTI .
“Ada juga yang menjadi tenaga penting dalam rancangan Akademi Al –Quran,” jelasnya.
Beliau yang di amanahkan sebagai pengarah program tersebut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir PASTI negeri Terengganu diatas usahanya mengisi program Harap 3.7 ini.