NegeriTerengganu

Wang Kerajaan Negeri Diguna Bina LPT2 Tidak Kembali Kepada Rakyat

KUALA TERENGGANU – PAS menyatakan kebimbangan kerana wang kerajaan negeri yang digunakan oleh kerajaan persekutuan untuk membina Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2) tidak kembali ‘ke pangkuan’ rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abd Karim berkata, jawapan yang diberikan oleh Menteri Kerja Raya pada 19 Januari 2016 mengatakan bahawa duit itu disalurkan untuk menaiktaraf dan membaiki jambatan.

“beliau (Menteri kerja raya) menyatakan tentang kesediaan kerajaan menyalurkan peruntukan menaiktaraf dua jalan dan tiga jambatan negeri ini melalui bajet pembinaan lebuh raya pantai timur dua, seperti dipohon Terengganu,

“saya bimbang tuntutan (wang LPT2) berlaku tetapi balik kepada projek-projek ‘federal’ (kerajaan persekutuan) melalui jalan raya, jalan persekutuan tapi bukan masuk kepada kepentingan kerajaan negeri,” soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman pagi semalam 28 Mac.

Ketika menjawab pertanyaan beliau, Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bahkan mengakui perkara tersebut.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah menerima sebahagian pemulangan wang LPT2 sebanyak RM1.85 bilion dan digunakan untuk taraf jalan persekutuan.

“kita sebenarnya sudah menerima sebanyak RM118 juta yang telah dipulangkan kepada kerajaan negeri dan duit ini telah digunakan menaiktaraf jalan (persekutuan) dari dua lorong kepada empat lorong,

“di kawasan Kijal, Chukai, Kemaman untuk menyambung (projek) yang kita laksanakan di kawasan Marang dan Dungun,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️