Mini Karnival Wanita Akan Intimkan Hubungan Wanita Teluk Pasu
KUALA NERUS – PAS sentiasa berusaha untuk berada di sisi dan intim dengan kaum wanita tanpa mengira fahaman politik.
Antaranya dengan mengadakan Mini Karnival Wanita DUN Teluk Pasu kali Kedua pada 31.Mac.2017 di Kampung Kuala Belara di sini.
Menurut Ketua Muslimatnya Tuan Roslina Tuan Sulaiman, karnival yang diadakan secara dwi tahunan ini bertujuan mengumpul, bertemu mata serta bersua muka serta mengeratkan ukhuwah diantara isteri YB serta kepimpinan Muslimat PAS DUN dengan semua golongan wanita warga DUN terbabit.
“Pada Mini Karnival Wanita kali ini, kita mengumpulkan 150 orang ibu tunggal yang perlu dibantu dari semua cawangan di DUN Teluk Pasu dan mereka akan menerima sumbangan,” ujarnya.
Beliau menambah, karnival yang pertama pernah diadakan pada 2015 itu, tetapi kali ini, kita hanya menganjurkan Mini Karnival, kerana keterbatasan masa di sebabkan pertembungan program lain.
“Diantara acara yang telah disusun yang bermanfaat untuk semua golongan wanita iaitu disebelah paginya, Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Muzani bin Abdul Rahman, nasyid, pertandingan mewarna kategori kanak-kanak dan wanita berumur 55 tahun ke atas, ada gerai-gerai jualan, Pemeriksaan Kesihatan Percuma dan penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal, “
“Manakala petangnya pula, Demonstrasi Membuat Biskut Sedap & Kacang Salut Best dan sukaneka untuk semua pengunjung ke tapak Mini Karnival Wanita, lelaki dan perempuan, semua peringkat umur, serta ” jelasnya.
Justeru, beliau mengajak semua golongan wanita di DUN Teluk Pasu hadir bersama keluarga, untuk bersama menimba ilmu pengetahuan, bermuhasabah, berkenalan, bermesra dan mengeratkan ukhuwah kerana Allah agar sentiasa merahmati kita semua di dunia dan akhirat.