NegeriTerengganu

Arwah Memang Terkenal Seorang Yang Sangat Peramah

KUALA NERUS – Pemergian Ahli Jawatankuasa PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir Mohd Nor Jusoh, 53, pasti meninggalkan kenangan yang mendalam kepada sesiapa yang mengenalinya.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN Ustaz Zakaria Dagang merakam kesedihan dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Alhayarham memang terkenal seorang yang sangat peramah. Rata-rata kenalannya menyebut, apabila bersua, beliau memang akan lebih dahulu menyapa.

“Sifatnya yang ringan tulang atau dalam istilah Terengganu disebut “tak amuk reng” disenangi oleh semua orang termasuk ahli keluarganya yang pastinya akan meninggalkan kenangan kepada sesiapa yang pernah berurusan dengannya,”ujarnya ketika dihubungi.

Menurutnya, arwah Mohd Nor juga tidak pernah tertinggal daripada menyertai apa-apa program yang dianjurkan.

Katanya, dalam program-program di peringkat Cawangan dan Dun, sudah pasti beliau menjadi petugas yang sangat ‘komited’.

“Kelibatnya pasti kelihatan dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di sekitar Seberang Takir ini, terutama di surau-surau Al-Ikhwan, Al-Mawaddah dan An-Nur,”jelasnya

Dalam perkembangan yang sama, Pemuda Seberang Takir turut berkongsi memori sepanjang pergerakan mereka bersama arwah.

Penolong Setiausahanya Muhamad Noor Hailmey bin Mansor berkata, dari segi penampilan, beliau seorang yang amat rendah diri dan sentiasa sedia menerima arahan parti.

“Secara peribadi……. saya kenali arwah semasa saya mula-mula bergiat dalam politik………kami jadi akrab bila kami duduk dalam satu UPU iaitu UPU Teluk Ketapang,

“dari segi penampilan, beliau seorang yg amat rendah diri, sedia menerima arahan parti terutamanya dibahagian dapur iaitu bahagian pembekalan apabila membabitkan program besar,

“setiap kali bersua dgn beliau, pasti dia akan mendahului sapaan……teringat akan memori bersama beliau dimana PRU lepas,”ujarnya.

Semoga Allahyarham beroleh pengampunan dari Allah dan dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama para solihin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️