NegeriTerengganu

Warga Emas Dilapor Hilang Sejak Khamis

DUNGUN โ€“ Seorang warga emas berusia 79 tahun dilaporkan hilang selepas gagal pulang ke rumah sejak Khamis lalu.

Jusoh Abdullah dipercayai keluar dari rumahnya pada 10 pagi untuk ke kebun getah miliknya di Kampung Tepus dengan menaiki sebuah basikal.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, anak mangsa membuat laporan polis setelah bapanya tidak pulang ke rumah sekitar 6 petang hari yang sama.

โ€œKali terakhir anaknya melihat mangsa keluar rumah dengan memakai kameja-T kelabu dan seluar kuning cair dan berbasikal,โ€ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ahmad Zailani berkata lebih 200 anggota polis termasuk unit anjing pengesan K9, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penduduk kampung melancarkan gerakan mencari mangsa yang memasuki hari ketiga. โ€“ Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

๐Ÿ“ฑ ๐Ÿ“˜ ๐Ÿฆ โœˆ๏ธ