Tidak puas lagikah lakukan maksiat dan kemungkaran?
HULU TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Hilmi Harun mengajak seluruh rakyat menyedari bahawa sesungguhnya parti Umno bukanlah sebuah parti yang berteraskan Islam, bahkan jauh sekali untuk memperjuangkan Islam sebenarnya.
“semua (rakyat) sedia maklum perangai UMNO………. bila dekat pilihanraya (mereka) berjanji harga minyak tak akan naik……….. (pemimpin Umno) mengaku mereka pejuang agama……… (tapi) bila lepas pilihanraya…………harga minyak naik dan pejuang Islam hanya tinggal sebutan,
“bersusah payah kita memberi tazkirah dan peringatan (kepada rakyat) di surau-surau dan masjid-masjid, mereka pula yang (bersungguh-sungguh) bawa masuk maksiat ke kampung,”tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan beberapa pemimpin dan penyokong Umno setempat yang menganjurkan program maksiat dikir barat semalam Jumaat, 13 September, di Kampung Telari Manir dekat sini.
Katanya, walau pun Kampung Telari tidak termasuk dalam kawasan DUN Manir, namun menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Beliau berkata, walaupun dikir barat tersebut bukan program terbuka atau percuma dan berbayar, namun usaha yang dibuat oleh pemimpin dan penyokong Umno setempat memanggil semua pendikir dikalangan wanita membuat persembahan itu adalah ‘haram’ hukumnya.
Beliau dengan keras mengecam tindakan kerajaan yang membenarkan dikir barat itu diadakan, kerana menurutnya ia bercanggah dengan enakmen hiburan dan juga melanggar syariat Islam.
Katanya, beliau akan mempersoalkan perkara tersebut dalam Sidang Dewan Undangan Negeri dan akan meminta pemimpin Umno menjelaskan perkara tersebut, sekiranya pemimpin Umno mempunyai ‘air muka’ dan maruah untuk menjawab.
Beliau bekata, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said pernah menuduh dan menghina PAS sebagai ‘Parti Ajaran Sesat’, sebaliknya kini, rakyat melihat peimimpin mana dan parti mana yang melanggar perintah Allah dan syariat RasuluLlah.
“Wahai UMNO!!! Tak cukup lagi ke dosa kamu dan maksiat kamu yang masuk ke seluruh rumah-rumah rakyat melalui siaran maksiat dan hiburan yang melalaikan di TV-TV?
“Sedarlah wahai orang-orang kampung!! Perjuangan UMNO bukan berteraskan Islam…….. siapa yang undi UMNO menanggung sama dosa yang dibuat pemimpin mereka……….,”jelasnya.