Orang Khianat Akan DiPacakkan Bendera Dihari Kiamat
Beliau memetik makna sepotong hadis RasuluLlah SAW, katanya, setiap orang yang khianat akan dipacakkan bendera di hari kiamat, berdasarkan kecil dan besar pengkhianatannnya.
Katanya, janganlah kehebatan pemerintah itu menghalang daripada umat Islam menyatakan kebenaran dan ketahuilah sebesar-besar jihad adalah kalimah yang benar di sisi pemerintah yang zalim.
“Nabi SAW menegaskan, khianat bukan perkara kecil……….Allah memberikan amanah kepeda pemerinth untuk melaksanakan amanah kepada rakyat, amanah yang kita berikan kepada Menteri esar terengganu adalah untuk menunaikan hak-hak rakyat,
“mendapatkan royalti sebagai hak sebagaimana perjanjian dibuat sebelum ini, bagaimana pun beliau menarik balik saman (royalti) itu…….beliau telah khianat kepada amanh rakyat Terengganu, maka tunggulah nanti balasan dariapad Allag SWT,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan ‘R’ Demo dan Memo yang diadakan di hadapan Wisma darul Iman pada jam 10 pagi hari Rabu 20 Mac.
Menurutnya, walau pun manusia tidak beupaya membalas pengkhianatan yang telah dilakukan tetapi Allah yang melihat akan membalas dan tidak mustahil Menteri Besar akan turun dari jawatan yang disandangnya sekarang pada pilihanraya umum ke-13 ini.[Lihat Video]