NegeriTerengganu

Presiden PAS Raikan Empat Pemuda Yang DiFitnah Umno

Dalam Ucapannya, di Markaz Pemuda UPU Jerung di Kampung Jerung Seeberang beliau berkata, perlawanan antara puak yang ikut Islam dan puak yang lawan Islam berlaku sepanjang assa sehingga hari kiamat.

“Nabi Nuh berlawan dengan al-malak, pemimpin-pemimpin di zamannya, Nabi Ibrahim berlawan dengan Namrud, Nabi Musa dan Nabi Harun berlawan dengan Firaun, Nabi Daud berlawan dengan Jalut,

“Nabi Isa berlawan dengan Raja Herodus, raja bani Israel yang lawan Islam dan Nabi Muhammad berlawan dengan Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain,”ujarnya.

Menurutnya, Raja Iblis telah memulakan ‘penipuan’ bagi menyesatkan manusia dengan menipu nabi Adam alaihisSalam sehingga dikeluarkan dari syurga.

Sejak itu, katanya, pemimpin puak yang memusuhi Islam telah mengada-adakan pelbagai penipuan terhadap para nabi dan Rasul bagi memesongkan pengikut-pengikut agama Islam.

Sebelum itu, beliau meminta para pemuda dan ahli-ahli PAS supaya memberitahu orang-orang Umno tentang amanat Tun (Haji) Mahathir yang berkata ‘lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali dari berkawan dengan malaikat yang tidak dikenali’.

Katanya, bekas Presiden Umno itu mengakui, ada syaitan yang tidak dikenali di kalangan ahli-ahli Umno[Lihat Video]Turut ama dalam pertemuan meraikan pata pemuda terbabit adalah Timbalan Pengarah MTD Pengkalan Berang Ustaz Sulaiman Sulong[gambar bawah]

Berita terkait sebelum ini;

Empat Pemuda PAS Bebas Tanpa SabitanPemuda PAS Sokong Tindakan Empat Ahlinya Menegur Provokasi Melampau Umno-BNEmpat Pemuda PAS Direman Kerana Fitnah Pengerusi Penaja Umno

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️