Home Berita PAS Kelantan

200 pelajar ke IPT terima sumbangan Kerajaan Negeri

20
SHARE

BACHOK, 20 Jan: Seramai 200 pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerima sumbangan pendidikan Kerajaan Negeri pada Majlis Penyampaian Sumbangan IPTA/IPTS DUN Jelawat 2022 di Pusat Khidmat DUN (PKD) Jelawat, semalam.

Dalam majlis tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelawat, YB Abdul Azziz Kadir menyampaikan sumbangan kepada para pelajar yang tinggal dalam kawasan DUN Jelawat.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan para pelajar supaya mengambil kesempatan belajar bersungguh-sungguh sewaktu di IPT untuk manfaat diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Turut hadir, para Penghulu Mukim dan ibu bapa pelajar.