PENDANG – Seramai 200 anak yatim dan asnaf terima sumbangan baju raya daripada PAS Kawasan Pendang dalam Program Sinar Aidilfitri, pada Jumaat.
Yang Dipertua PAS Kawasan Pendang, YB Dato Dr. Mohd Hayati Othman berkata, sumbangan ini adalah inisiatif PAS Pendang dalam membantu anak yatim dan asnaf meraikan sambutan Aidilfitri.
Katanya, sumbangan ini diberi secara voucher dan perlu berbelanja di Mydin yang berdekatan.
“38 anak yatim hadir ke pasar raya Mydin Alor Mengkudu bagi membeli pakaian sempena menyambut Hari Raya Aidilfitiri tidak lama lagi dengan menggunakan voucher yang diberikan,” ujarnya.
Hadir sama, Setiausaha PAS Kawasan Pendang, Azmi Dolah dan sukarelawan Nisa’ Pendang.