Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN
KUALA NERANG, 21 Nov – Sejumlah 20 orang penerima sumbangan dikalangan asnaf dan ibu tunggal menerima bantuan pek makanan keperluan dekat sini, semalam.
Sumbangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, YB Hj Munir Mohamad Yusoff Zakaria bertempat di Pusat Khidmat Komuniti PRIHATIN.
Hj Munir dalam ucapannya mengajak masyarakat menjadi hamba yang sentiasa bersyukur, nescaya Allah akan menambahkan nikmat.
“Semoga di permudahkan segala urusan kita semua”,katanya.
Turut sama hadir dalam program tersebut ialah isterinya, Puan Zainon Ismaon.