Home Berita PAS Kelantan

16 unit PRMM di Meranti habis ditempah

186
SHARE

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA

PASIR MAS, 20 Sept: 16 unit rumah teres di Blok A, Perumahan Rakyat Mampu Milik (PRMM) Banggol Che Wan Meranti habis ditempah.

Pengurus Besar PMBK Development Sdn Bhd (PMBKD), Nazri Deraman memaklumkan teres setingkat tiga bilik tidur dan dua bilik air, berkeluasan 803 kaki persegi (kps) bagi lot tengah berharga RM85 ribu mendapat sambutan positif daripada penduduk tempatan.

“Riyadul Kebun Raja juga menawarkan unit berspesifikasi sama bersaiz 843 kps (lot penjuru) berharga RM125 ribu dengan keluasaan tanah 1302 kps.

Bagi blok B, C dan D masih ada 26 unit daripada 43 buah rumah berkeluasan 855 kps (lot tengah) bernilai RM130 ribu dengan keluasan tanah 1399 kps. Lot penjuru pula bernilai RM165 ribu untuk 899 kps, dibuka untuk tempahan”, katanya ketika dihubungi.

Perkembangan terkini projek tersebut yang sudah 35 peratus siap boleh dilihat melalui pautan https://goo.gl/maps/VK6HbtHNH1ZneLx1A

Sebarang pertanyaan berkaitan projek tersebut boleh hubungi pemaju PMBK Development Sdn Bhd di talian 019-217 4649 (Puan Zarina) atau 019-999 4349 (Encik Azam).