Home Artikel PAS Kedah

15 ADUN Belia PAS Kedah siap sedia beraksi di persidangan DUN Belia Negeri Kedah

1060
SHARE

YAN – 20 Disember 2019. Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) dengan kerjasama Sekteriat ADUN PAS Negeri Kedah telah mengadakan satu Majlis bersama 15 ADUN Belia Negeri Kedah yang telah dipilih ke Persidangan Belia DUN Negeri Kedah.

Majlis tersebut telah diisi dengan pengisian pengalaman dan harapan daripada pimpinan PAS Negeri Kedah iaitu YB Tuan Haji Sanusi Mohd Nor Ketua Pembangkang DUN Negeri Kedah, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samad Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah dan Ustaz Nurul Amin Hamid Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang bertempat di Kompleks PAS Negeri Kedah Batu 9.

Menurut Ustaz Nurul Amin Hamid, tujuan program bersama ADUN Belia PAS Negeri Kedah ini diadakan kerana Dewan Pemuda PAS Kedah sentiasa berusaha memastikan pelapis kepimpinan belia sentiasa berketerampilan dan berkemampuan untuk mengangkat isu-isu belia khususnya di negeri Kedah”Insya Allah segala perkongsian yang telah diberikan oleh pimpinan akan bertambah semangat lagi kepada 15 ADUN Belia PAS Negeri Kedah yang akan beraksi mewakili suara anak muda di Persidangan Belia DUN Negeri Kedah pada Hari Ahad ini” katanya.

Turut hadir di majlis tersebut YB Mejar Mansor Zakaria ADUN Kuala Ketil, Haji Mohd Radzi Md Amin ADUN Pedu, Ust Abdul Hadi Omar Ketua Penerangan DPPNK, Ust Najhi Hayazi Setiausaha DPPNK dan Ustaz Adnan PSU 3 DPPNK.