Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Cegah maksiat hingga ke akar umbi.

530
SHARE

Cegah maksiat hingga ke akar umbi.

1. Dewan Muslimat PAS Malaysia mengecam pemasangan papan iklan Sugarbook walaupun ianya telah diturunkan, tetap memberikan kesan besar kepada Malaysia yang merupakan negara majoriti Muslim.

2. Hal ini menunjukkan betapa perbuatan dosa bagi umat Islam yang melanggar tatasusila dan kesopanan seolah-olah dianggap biasa dan tanpa segan-silu ianya disebarluaskan dan dipromosi dengan alasan mengikut perkembangan dunia Barat.

3. Kita melihat sekarang pada zaman teknologi di hujung jari ini, begitu banyak dan mudah diakses iklan-iklan berkaitan seks dan yang menjurus ke arah penzinaan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung ditayang baik melalui media sosial mahupun media arus perdana.

4. Di dalam al-Quran surah Al-Isra’ ayat 32, Allah SWT menegaskan
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”

5. Dengan itu,kami menggesa pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan agar mengambil tindakan tegas dan wajar bagi mengawal hal ini daripada berleluasa.Pencegahan maksiat perlulah sampai ke akar umbi.Sebarang aktiviti yang boleh mendorong kepada jalan maksiat dan seks mestilah dibendung dan dihalang.Adalah diharapkan kejadian seperti yang berlaku di Bangsar tidak berulang lagi.

6. Kepada aktivis dakwah dan penggerak PAS terutamanya, adalah menjadi cabaran untuk kita terus mendidik umat dan menyebarkan ajaran Islam sebaiknya kepada masyarakat.

7. Ibu bapa, guru-guru serta pendidik mestilah memainkan peranan penting untuk memastikan generasi muda terutama anak-anak kita agar tidak terjebak dalam aktiviti sosial yang tidak bermoral dan hanya menambahkan kerosakan di bumi Malaysia.

‘Islam Memimpin, Wanita Sejahtera’

Ustazah Nuridah bt Mohd Salleh
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia,
20.12.2019
23Rabiulakhir 1441H