Home Berita PAS Johor

120 tandatangan bantah jualan arak di Bukit Gambir

136
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

Kluang, 19 Ogos : Sebanyak 120 tandatangan penduduk berjaya dikumpulkan melalui kempen membantah jualan arak di kedai serbaneka.

Kempen mengumpulkan tandatangan penduduk yang melibatkan beberapa buah kampung dan taman di Bukit Gambir berlangsung pada 11 ogos yang lalu.

Kempen ini bertujuan untuk menunjukkan bukti bahawa penduduk tidak selesa dengan jualan arak di kedai-kedai serbaneka.

Menurut Ketua penerangan PAS Kawasan Ledang, Rusman Kemin, pihak berwajib kerajaan dan Jabatan Agama Islam perlu bertindak tegas terhadap perkara ini

“Menjadi tanggungjawab kita sebagai Orang Islam mempertahankan kesucian Agama Islam yang mengharamkan minuman arak.

“Juga larangan terlibat dengan industri ini sebagai pekerja jurujual dan lain-lain yang ada hubungkait dengan arak.

“Kami juga menyeru kepada para pemimpin dan pendudjk beragama Islam mesti oema terhadap perkara seperti ini. Jika tidak kejadian kemalangan akibat pemandu mabuk akan terus berlaku, ujar beliau.

Surat bantahan telah diserahkan kepada wakil Kadi Daerah Tangkak, Ustaz Muhammad Najib Tajuddin serta Yang DiPertua Majlis Daerah Tangkak, Ezlan Farid Mohd Said pada jam 11 pagi.

Turut hadir, Ahli jawatankuasa PAS Ledang, Ahmad Shaari Hairan serta Bendahari PAS Cawangan Bukit Gambir, Mohd Ramli Taib.