Home Berita PAS Wilayah

Cula Mega Wilayah Persekutuan

123
SHARE

 

Oleh Ramizah Rahmad

BATU,12 OGOS: Cula Mega Parlimen Batu dengan kerjasama Jabatan Pilihanraya Wilayah Persekutuan, Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat PAS WP (DMPWP) dan Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Batu berjaya dilaksanakan pada hari Ahad yang lalu.

Program yang dijalankan di beberapa buah flat di kawasan Sentul itu bertujuan meraih sokongan pengundi melayu terhadap PAS, selain dapat menyerlahkan keberadaan PAS dikawasan Batu.

Antara yang hadir adalah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ustaz Azhar Yahya, Pengarah Jabatan Pilihanraya Parlimen Batu, Ustaz Muhammad Azhar bin Mohamad, Pengarah Jabatan Pilihanraya DMPWP merangkap Pengarah Jabatan Pilihanraya DMPKB, Puan Zurina binti Din, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu, Hajah Salbiah binti Abd Wahab serta seluruh petugas PAS Kawasan Batu dan Wilayah Persekutuan.

Ustaz Azhar dalam ucapannya berpesan agar semua petugas bersiap siaga dan bersedia untuk PRU-15 sudah semakin hampir tidak lama lagi.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada tenaga kerja PAS yang berpenat lelah untuk culaan mega ini.

Program cula lapangan dan dalam talian ini akan diteruskan secara giliran mengikut zon masing-masing.