Home Berita PAS Kedah

116 murid DUN Pedu terima bantuan awal persekolahan

97
SHARE

PEDU, 15 Mac – Seramai 116 pelajar luar bandar di DUN Pedu menerima manfaat baucar bantuan pakaian sekolah sempena program Back To School daripada ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin, semalam.

Menurut YB Mohd Radzi, kerajaan memahami kegusaran ibu bapa kurang kemampuan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

“Pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pedu menyediakan sumbangan baucar bagi memudahkan waris-waris memilih pakaian sekolah di kedai pakaian terpilih,” ujarnya.

Sementara itu Yang Dipertua PAS Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz merakamkan ucapan penghargaan kepada ADUN Pedu yang telah menganjurkan program penyerahan bantuan persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2022.

“Tahniah dan terima kasih kepada YB Adun Pedu di atas penyampaian baucer kepada pelajar-pelajar sekolah di sekitar DUN Pedu ini. Beliau sentiasa peka dan bersungguh dalam menjaga kebajikan kepada masyarakat setempat di Dun Pedu ini,” ujarnya.