Home Berita PAS Perak

10K Langkah dalam menjiwai kemerdekaan Negara.

39
SHARE

Oleh: NurAsilah Noor

TELUK INTAN, 31 OGOS: Dewan Muslimat melalui Lajnah Kebudayaan dan Kesenian menganjurkan program 10K Langkah Merdeka bertempat di Masjid Al-Maidah, Taman Melur baru-baru ini.

Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi dengan sesi ‘warming up’ dihadiri dengan penyertaan hampir 100 orang ahli terdiri dari pelbagai peringkat umur.

“Saidina Bilal bin Rabah antara tujuh orang tokoh sahabat Rasulullah SAW yang berjaya mempertahankan akidah serta merdeka jiwa untuk Allah SWT semata.,” kata Yang DiPertua PAS Teluk Intan, Mohd Azhar Rafiei ketika berucap pada program tersebut.

Menurutnya lagi, nikmat kemerdekaan ini perlu dikekalkan secara harmoni seterusnya mengajak masyarakat menzahirkan nilai patriotisme dalam meraih redha Allah.

Para peserta dibekalkan dengan risalah merdeka dan bendera untuk diagihkan kepada penduduk setempat bagi memeriahkan acara.

Urusetia program telah bersiap sedia menyambut peserta yang meneruskan perjalanan hampir 5 km menuju ke Kampung Sungai Kerawai bagi menjayakan acara penutup dengan nyanyian lagu ‘NegaraKu’, jamuan makan dan cabutan bertuah.

Turut hadir, Ketua Muslimat, Robi’aton Mohd Abas, Timbalan Ketua Muslimat, Hamisah Abas, Ketua Cawangan Kampung Sungai Kerawai, Jumali Sadeli serta ahli jawatankuasa yang lain.