Home Berita PAS Kedah

100 peniaga kecil DUN Tanjung Dawai terima sumbangan bantuan khas perniagaan

159
SHARE

Oleh ANA NAJWA

TANJUNG DAWAI, 2 Nov – Seramai 100 orang peniaga kecil di DUN Tanjung Dawai telah menerima Bantuan khas Perniagaan (peralatan perniagaan) dalam sebuah majlis khas penyerahan bantuan yang diadakan pada pagi Sabtu lalu.

Majlis tersebut telah berlangsung di Madrasah Zubaidiyah dan disempurnakan oleh ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Haji Ghazali.

PKWR DUN Tanjung Dawai merakamkan ucapan terima kasih Kepada Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman atas sumbangan peralatan perniagaan kepada ini.

Semoga bantuan tersebut dapat membantu para peniaga untuk lebih maju dalam perniagaan mereka.