Home Berita PAS Melaka

PRN Melaka | PAS guna logo PN

564
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 2 Nov: PAS akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Perkara ini dinyatakan dalam satu kenyataan media oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dikeluarkan malam tadi.

Menurut kenyataan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung pada 1 November 2021 di Pejabat Agung PAS Pusat telah meluluskan penggunaan lambang Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka.

“Ketetapan ini telah mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama’ PAS yang bersidang pada 31 Oktober 2021, selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan PAS,” kata kenyataan itu lagi.