Home Artikel PAS Johor

100 Murid terima sumbangan Back to School PAS Pulai

139
SHARE

100 Murid terima sumbangan Back to School PAS Pulai

Oleh : NURUL FATIN ABD MAJID

Pulai : 100 murid sekolah dari kalangan anak yatim dan miskin gembira menerima bantuan persekolahan iaitu Baucer RM100 bagi pembelian barang persekolahan di MYDIN Mall Mutiara Rini oleh PAS Kawasan Pulai.

Sumbangan ini dibuat pada Ahad bersamaan 22 Disember 2019. Sumbangan daripada pihak PAS Kawasan Pulai ini turut diberikan kepada 10 murid berbangsa India. Penyertaan mereka diuruskan oleh pihak MIC Bahagian Pulai.

Majlis penyampaian Baucer RM 100 disampaikan oleh YDP Kawasan Pulai En Dzulkifli Bin Suleiman. Majlis turut dihadiri Ketua MIC Bahagian Pulai Kapten Ragu.

Penerima sumbangan Back to School PAS Pulai yang terdiri daripada masyarakat dan pengundi sekitar Parlimen Pulai melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas bantuan sumbangan yang diterima. Semoga nama PAS dapat disebarkan secara positif di bumi Malaysia.