Home Berita PAS Pahang

10 resolusi sempena Konvensyen PAS Pahang

790
SHARE

TEMERLOH: Sebanyak 10 resolusi dicapai hasil Konvensyen PAS Pahang 2017 dengan tema ‘PAS Teraju Pahang’ yang berlangsung di Kuantan Ahad lalu.

 

Resolusi yang dibacakan oleh Timbalan Pengarah JPN itu menyebut antaranya, mempersiap siaga seluruh jentera parti untuk kemenangan di setiap Dun yang dipertandingkan.

 

Kedua, mengumpul dan mencanai bahan-bahan sebagai tawaran dan penyelesaian kepada masalah rakyat Pahang dan warga Felda.

 

Ketiga, memperkukuh untuk pertandingkan 35 kerusi sebagai lonjakan kesediaan dan keyakinan PAS teraju Pahang.

 

Keempat, Pahang perlukan perubahan kepimpinan untuk mentadbir urus yang mengutamakan kepentingan anak negeri.

 

Kelima, kepentingan ekonomi dan pendidikan kepada Melayu Islam adalah agenda utama peneraju Pahang baharu.

 

Keenam, mengambil cakna dan bertindak adil kepada semua golongan, termasuk non-muslim, Orang Asal dan warga OKU.

 

Ketujuh, menyangi hutan, galian, mineral dan sungai Pahang daripada ancaman kerakusan penerokaan yang tidak menguntungkan negeri dan rakyat secara berpatutan.

 

Kelapan, menerajui Pahang untuk memulihkan kecekapan tadbir kewangan dan kecekapan perkhidmatan institusi-institusi kerajaan negeri dengan mengembalikan jati diri pentadbir-pentadbir kerajaan yang berprinsip tanpa campurtangan kepentingan peribadi ahli politik.

 

Kesembilan, menerajui Pahang untuk membentuk intergrasi kaum dan agama yang lebih serius bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan dengan kurangnya peratusan jenayah, salahguna dadah, kerosakan moral dan masalah rumahtangga.

 

Dan kesepuluh, menerajui Pahang untuk menghapuskan kemiskinan tegar dengan bantuan-bantuan bina kerjaya dan kegiatan ekonomi sara diri.

 

Konvensyen yang berlangsung di Era Gemilang Event Village di hadiri kira-kira 800 jentera pilihan raya PAS Pahang di segenap peringkat.

 

Turut hadir Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat N Balasubramaniam berserta beberapa anggotanya.

 

Program separuh hari ini diisi dengan dua pembentangan iaitu ‘Kegagalan kerajaan BN – Pahang perlu diselamatkan’ oleh Adun Beserah Andansura Rabu dan ‘Tsunami Melayu PRU 14’ oleh AJK PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki.

 

Kedua-dua pembentangan dibahaskan oleh perwakilan.

 

Ucapan perasmian disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar manakala Timbalan Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berucap untuk perasmian penutup.