Home Berita PAS Kelantan

10 perkara perlu dipraktikkan penjawat awam – MB

211
SHARE

KOTA BHARU, 10 Jan: Ketika menyampaikan amanat sempena tahun baharu 2022 baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob meminta penjawat awam memberi perhatian kepada sepuluh perkara yang perlu dilaksanakan iaitu Keseimbangan; Keutamaan; Kolabarasi; Kebersamaan; Sebaran Maklumat; Kepedulian; Atasi Kelemahan; Penilaian; Keterbukaan dan Integriti.

Selain itu, Dato’ Ahmad Yakob juga menghargai usaha-usaha yang dilakukan oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Para Pegawai serta seluruh Penjawat Awam Negeri Kelantan yang sentiasa komited untuk memakmurkan negeri dan mensejahterakan kehidupan rakyat.

“Tidak lupa kepada pasukan barisan hadapan yang berusaha sehingga ke hari ini bagi membendung penularan COVID-19. Semoga kedatangan tahun baharu 2022, kita akan lebih cemerlang dengan keazaman dan semangat baharu untuk Negeri Kelantan yang kita sayangi. Semoga Allah memandu kita semua dengan taufik dan hidayat-Nya, Siiru a’la barakatillah,” katanya.