Home Berita PAS Kelantan

10 Pelajar PPWK DUN Kelaboran terima sijil

238
SHARE

TUMPAT, 14 Dis: Sepuluh pelajar yang tamat Persijilan Kursus Jahitan Pakaian Wanita di Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) bagi DUN Kelaboran semalam, hadir menerima anugerah penghargaan berserta sijil dan hadiah iringan yang disampaikan oleh ADUN Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan.

Majlis Graduasi PPWK ini diadakan pada setiap tahun sebagai simbolik kepada kemuliaan ilmu graduan dan sebagai tanda pengiktirafan kepada graduan yang berjaya menamatkan pembelajaran kemahiran dalam bidang seni jahitan.

Dalam pada itu, PPWK DUN Kelaboran yang terletak di Kampung Sedar, Tumpat ini ditubuhkan pada tahun 2005 bersama seorang tenaga pengajar dengan 22 pelajar. Kini jumlahnya meningkat kepada 573 orang selepas daripada Graduasi pelajar tahun pertama dan bilangannya semakin bertambah setiap setahun.

“Saya berharap semua pelajar yang bercita-cita untuk membuka butik atau perniagaan sendiri bagi mempertingkatkan ekonomi keluarga dan masyarakat akan tercapai, maju dan berjaya.

Tahniah kepada semua pelajar terutama Pelajar Terbaik iaitu Siti Nur Rosmawati Pauzie yang hadir bersama bonda tercinta bagi meraikan kejayaan anakndanya. Tahniah sekali lagi untuk semua”, ujarnya.