PONTIAN: 10 buah jentera dari Tim ARC Pontian telah mengadakan kempen kebajikan pada 26 Mei yang lalu.
Jelajah kebajikan telah bermula dari Parit Mastar dan berakhir di Parit Markom, Pontian.
” Jelajah pada kali ini melibatkan 12 buah rumah dan sebuah pusat tahfiz di Pontian, ” ulas saudara Mohd Firdaus Bin Jaffar , selaku wakil pimpinan Dewan Pemuda PAS Pontian.
Selain itu, jelajah ini turut dimeriahkan dengan penyertaan wakil dari DACS Pontian serta Jabatan Amal Pontian.
Ianya turut diakhiri dengan Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran di rumah saudara Hilman, Timbalan Ketua 2 DACS Pontian.
{jathumbnail off}