Home Artikel PAS Wilayah

MPP Wangsa Maju Ziarah Rumah Terbakar

761
SHARE

Oleh: Muhammad Hakim Al-Hashimi

WANGSA MAJU : Timbalan Pengerusi Majlis Persatuan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan Zon Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud telah menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Padang Balang, awal pagi ini.

Dalam kejadian tersebut, mangsa Haji Zainuddin dan keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kediaman mereka hangus dijilat api.

Beliau diiringi Setiausaha MPP Wilayah Persekutuan Sub Zon 4, Zulkifli Nordin meluangkan masa hampir satu jam bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian dan meneliti keperluan nasib keluarga mangsa yang tinggal sehelai sepinggang.

Abdul Rani turut berkesempatan menyampaikan sumbangan wang tunai bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa.

Dalam pada itu, beliau menyeru jabatan kerajaan yang berkaitan agar dapat membantu mangsa yang ditimpa musibah dengan seberapa segera.

Beliau sendiri bersama Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 4 telah menghubungi agensi kerajaan iaitu Baitulmal dan kementerian berkenaan untuk penyediaan tempat penginapan sementara.

Turut sama hadir dalam lawatan itu ialah Pengerusi MPP Sub Zon 4, Dato’ Razak bersama AJK Surau Mahasa Villa.

“Semoga Haji Zainuddin dan keluarga diberikan kekuatan menghadapi ujian dan dipermudahkan segala urusan,”kata Abdul Rani.