Home Berita PAS Kedah

Ziarah prihatin dan santuni warga emas

194
SHARE

 

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG TERAP – Sebanyak lima buah rumah warga emas Kampung Musa yang uzur dan sakit diziarahi serta disantuni.

Ahli Parlimen Padang Terap YB.Ustaz Nurul Amin Abd Hamid turun menziarahi serta menyantuni warga emas tersebut. Mereka berusia dalam lingkungan 89 tahun hingga 98 tahun.

“Nikmat usia yang panjang dalam kebaikan adalah satu nikmat dari Allah kepada hambanya”ujar YB.Nurul Amin.

Sungguh mengujakan beliau kerana dapat bertemu dengan insan-insan yang dapat memberi banyak peringatan kepada hidup kita.

Menurut YB, dalam ziarah tersebut salah seorangnya adalah ibu tua yang uzur selepas pembedahan. Kini beliau turut ditimpa penyakit lumpuh dan dalam jagaan oleh anak dan menantunya.

YB turut menyebut kepada anak menantu beliau yang mereka beruntung kerana dipilih Allah untuk berbakti dan berkhidmat kepada orang tua.

“Bukan senang kita nak dipilih oleh Allah untuk mendapat seribu kebaikan dan pahala berbakti dan berkhidmat kepada orang tua selama mereka masih hidup.Hanya insan terpilih dan mereka cukup istimewa” katanya.

Tambahnya lagi, ziarah prihatin dan kebajikan di Kampung Musa Pedu ini adalah sebagai rutin menyantuni masyarakat di samping dapat mengutip pelbagai mutiara hikmah yang Allah letakan melalui hamba-hamba Allah di atas muka bumi ini.