Home Berita PAS Wilayah

Ziarah Pengundi PAS Batu: PAS Sedia Tanding P115

1066
SHARE

TAMAN PELANGI – Jentera PAS Kawasan Batu (Zon 2) hari ini sekali lagi turun ke lapangan bagi bertemu dan menyantuni pengundi di samping menyampaikan hasrat dan membuktikan kesungguhan PAS untuk meletakkan calon di P115 Parlimen Batu dalam PRU kali ini. Program saban minggu ini semakin giat dilakukan jentera petugas PAS serentak di seluruh Parlimen Batu yang dipecahkan kepada 5 Zon bagi melicinkan gerak kerja.

Program yang diketuai oleh Ust Abd Kadir ini turut disertai oleh saudara Hishamudin yang juga merupakan Setiausaha PAS Kawasan.

“PAS percaya bahawa gerakkerja pilihanraya sebegini hanyalah usaha kecil kita, namun pertolongan Allahlah yang memainkan peranan besar dalam menjentik hati masyarakat memilih PAS dan seterusnya memberikan kemenangan kepada PAS,” ujar saudara Hishamudin dalam taklimat pembukaannya.

Program yang bermula seawal 9.00 pagi ini berakhir kira-kira jam 12.00 tengahari dan disertai lebih kurang 20 petugas.