Home Artikel PAS Perak

Rakyat Berpeluang Bangunkan Ekonomi dan Pertanian

95 views
SHARE

IPOH : Tawaran Manifesto Gagasan Sejahtera Perak yang bertemakan Negeri Sejahtera Rakyat Bahagia menampilkan 39 tawaran kepada rakyat negeri Perak menjelang PRU 14.

Pengumuman tersebut telah membuktikan persediaan Gagasan Sejahtera untuk menerajui negeri Perak sekaligus membawa satu perubahan dalam kehidupan rakyat.

Melalui tawaran itu yang menarik perhatian adalah pemberian insentif RM1,000 kepada anak Perak bagi menjalankan perniagaan ‘online’ melalui portal ‘e-commerce’ yang beroperasi di Perak dalam merancakkan perkembangan ekonomi digital dalam negeri.

Selain itu, manifesto gagasan juga berusaha membangunkan industri berasaskan pertanian untuk menjana pendapatan kerajaan negeri serta meningkatkan bilangan gerai-gerai kecil di setiap bandar dan pinggir bandar dengan kadar sewaan yang berpatutan.

Justeru dalam merealisasikan matlamat tersebut, pemberian bantuan kepada rakyat yang mengusahakan tanah untuk hasil pertanian, perikanan, penternakan & perladangan turut diberikan.