Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Ziarah Mahabbah Dewan Muslimat PAS Malaysia

1437
SHARE

BANGI: Ziarah Mahabbah Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kepada Datin Khadijah Haji Salleh, isteri Allahyarham Tuan Guru Dr Haron Din di Bandar Baru Bangi.

Rombongan diketuai oleh Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua DMPM, Puan Norhafiza Fadzil (Penolong Setiausaha), Puan Kartini Ahmad (Setiausaha Politik), Saudari Nuri Muhammad (Briged Muslimat) dan Puan Khadijah Mahmud (As-Sabiqat).

Ustazah Nuridah menyampaikan ANUGERAH ISTIQAMAH yang diberikan oleh PAS Pusat kepada Datin Khadijah sempena Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-63 baru-baru ini.

Rombongan turut berpeluang mendengar terus, detik-detik terakhir ketika Allahyarham Tuan Guru Dr Haron Din menghembuskan nafas yang terakhir sehinggalah pengkebumian Allahyarham di San Francisco tahun lalu, diceritakan oleh Ustazah Salwa, anak sulung Allahyarham.

Pertemuan berlangsung dengan penuh mesra sambil dijamu dengan roti jala dan kari ayam ala utara yang lazat.

Di akhir pertemuan, rombongan bergambar dengan Datin Khadijah dan Ustazah Salwa sebagai tanda kenang-kenangan.