Home Berita PAS Selangor

Ziarah pemuda dan veteran PAS – DPPK Sabak Bernam

5
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Sabak Bernam

SABAK BERNAM, 20 Oktober – Dewan Pemuda PAS Sabak Bernam yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pemuda Ustaz Syamil Abu Matin, Naib Ketua Pemuda Ustaz Fahim Sofiyuddin dan Setiausaha Tuan Ir. Firdaus Ahmad Nor telah melakukan ziarah mahabbah pada petang semalam.

Ziarah mahabbah ini ke 2 buah rumah sempena dengan kelahiran baru. Saudara Ilyas dan Saudara Faiz Bohari. Dewan Pemuda PAS Kawasan Sabak Bernam merakamkan jutaan tahniah atas kelahiran baru dan didoakan semoga anak itu menjadi anak yang soleh solehah insyaAllah, Amin Ya Rabb.

Juga mengambil kesempatan untuk menziarahi Tuan Hj Bohari Sumiran, veteran PAS Cawangan Batu 4½ Panchang Bedena. Tuan Haji seorang yang istiqamah hingga sekarang walau dalam keadaan kurang sihat. Beliau adalah penggerak utama akhbar Harakah di Kawasan Sabak Bernam ini.

DPPK Sabak Bernam mendoakan semoga Tuan Haji Bohari Sumiran terus berada dalam keadaan sihat sejahtera dan terus istiqamah bersama perjuangan Islam.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor