Semenyih, 16 Mei – Meneruskan tradisi menziarahi dan menyantuni golongan asnaf, Dewan Muslimat PAS Kawasan Hulu Langat (DMPKHL) melaksanakan Ziarah Mesra Prihatin di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma hari ini.
Menyelusuri kaki lima dan menaiki tangga flat, Ketua Muslimat PAS Kawasan Hulu Langat diiringi Naib Ketua Muslimat, Setiausaha, Ketua Penerangan, Ketua Halwa dan Briged Muslimat berkesempatan menyantuni lima keluarga asnaf dan menyampaikan sumbangan berbentuk food stamp dan wang tunai.
Termasuk yang diziarahi di tingkat empat flat tersebut adalah sepasang India muslim yg baru sahaja setahun menganuti agama Islam. Mereka tinggal bersama seorang anak perempuan dan nyata amat terkejut dan terharu menerima sumbangan dan kunjungan rombongan Dewan Muslimat Kawasan Hulu Langat
“Kami bersyukur orang Islam sangat prihatin kepada kami dan banyak membantu golongan mualaf seperti kami,” luahnya yang bekerja di kantin sekolah.
Selain pasangan muallaf itu, turut diziarahi adalah beberapa orang ibu tunggal dan yang ditinggalkan berjuang sendirian membesarkan anak-anak.
Ziarah Mesra Prihatin ini bukan sahaja membawa bantuan dan kegembiraan kepada lima asnaf yang diziarahi tetapi turut meninggalkan bekas mendalam di hati para petugas DMPKHL.
Oleh A Ali