Home Artikel PAS Kedah

Pemuda PAS Jerlun Singgah Sahur bersama ADUN Ayer Hitam

158 views
SHARE

JERLUN – 17 Mei 2019 Seramai hampir 50 orang pemuda PAS Kawasan Jerlun dan Kelab Bermotor (ARC) Jerlun bersama YB Hj Azhar Ibrahim ADUN Ayer Hitam, berjalan untuk menyumbang juadah sahur dalam Program santuni gelendangan pada awal pagi semalam.

Ketua Pemuda PAS Jerlun, Ustaz Abdul Hadi Omar berkata, kami pemuda Jerlun bersama ADUN Ayer Hitam turun ke lorong-lorong sunyi sekitar bandar Alor Setar.

Katanya, pada semalam, pihaknya menyediakan makanan dan minuman untuk bersahur.

“Kerja pengagihan, kita telah pergi menyantuni hampir 25 orang Gelandangan yang kita jumpai, ada antara mereka masih belum tidur dan sudah tidur.”

“Bungkusan makanan mula diagih pada jam 12 malam sehingga jam 2 pagi,” katanya.

Manakala YB Haji Azhar Ibrahim ketika dihubungi berkata: “program ini merupakan kali kedua saya dapat turun, kali ini saya bersama-sama pemuda PAS Jerlun, aktiviti ini bertujuan untuk berkongsi rezeki sempena Ramadan ini dan memperkenalkan PAS bahawa sebuah parti yang berkebajikan,” katanya.

Tambah beliau ketika suasana kos sara hidup yang tinggi sekarang ini, kita perlu ada sikap mengambil berat kepada mereka yang tidak berkemampuan, tarbiyah ramadhan mengajar kita untuk berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan.