Home Berita PAS Selangor

Pek Berbuka Puasa Mesra Prihatin Suburkan Budaya Bersedekah

563
SHARE

Semenyih, 16 Mei 2019 – Sebagai usaha mendekati masyarakat dan menyuburkan budaya bersedekah, saf kepimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan Hulu Langat mengedarkan pek berbuka puasa Mesra Prihatin di lobi TESCO Semenyih hari ini.

Inisiatif ini disambut girang oleh para pengunjung dan ada yang terharu atas pemberian juadah ini. Walaupun ada yang teragak-agak menerima tetapi setelah dijelaskan ia adalah pemberian percuma, mereka menerima dengan penuh kesyukuran.

Hatta setelah troli kosong dan pek berbuka puasa habis diedarkan, masih ada yang datang bertanya. Maka untuk tidak menghampakan, petugas dari Dewan Muslimat PAS Kawasan Hulu Langat berbesar hati memberikan pek berbuka puasa kepunyaan mereka.

“Apa yang penting kita bersama masyarakat dan ingin menyemai semangat suka bersedekah dan berkhidmat apa lagi di bulan Ramadhan ini di mana gamjarannya adalah berlipat kali ganda,” ujar Puan Zaiton Ahmad selaku Ketua Muslimat PAS Kawasan Hulu Langat.

Mengiring beliau mengedarkan pek berbuka puasa ini adalah Naib Ketua Muslimat, Setiausaha, Ketua HALWA, Briged Muslimat dan lima Ahli Jawatankuasa lain.

Oleh A Ali