Home Berita PAS Selangor

Ziarah mengembalikan kegembiraan penerima – PAS Kawasan Gombak

10
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Sehingga kini, makin ramai sahabat-sahabat kita yang diuji dengan pandemik Covid-19. Ada yang dikurantin dirumah sahaja dan ada juga yang dirujuk ke hospital-hospital. Antara mereka, ada yang sangat terkesan daripada segi pendapatan. Bukan sekadar dipotong gaji malah dibuang kerja terus. Semoga mereka semua dan kita juga sentiasa dalam jagaan dan peliharaan Allah.

Lajnah Kebajikan PAS Gombak melalui NGO Ma’ruf Care sentiasa mengambil cakna dengan apa yang berlaku di kawasan kejiranan. Sukarelawan Ma’ruf Care telah turun untuk menziarahi dan menghulur bantuan bekalan makanan asas serta wang tunai kepada pesakit-pesakit di Apartment Casmaria.

“Senyuman yang terukir dibibir mereka melambangkan kegembiaraan dan rasa terharu telah membuatkan rasa puas hati kami membantu”, kata salah seorang sukarelawan Ma’ruf Care. Walaupun dalam suasana yang kurang mengizinkan, PKP, PKPD dan sebagainya, nasib mereka yang memerlukan itu masih diambil peduli.

Sepanjang penyerahan bantuan berjalan, para sukarelawan tetap menjaga dan patuh SOP kerajaa. Lajnah Kebajikan PAS Gombak mengucapkan amat berterima kasih kepada sukarelawan Ma’ruf Care sdr Azizul, Tn Hj Ramli, Pn Khadijah Mahmud ( Mak Jah) dan Pn Masyitah (Kak Mas) yang sedia turun kelapangan untuk membantu.

Perkongsian rezeki para penyumbang yang budiman membolehkan Team Maaruf Care untuk bergerak berbakti kepada masyarakat.

Teruskan menyumbang seikhlasnya untuk Ma’ruf Care di :-

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
No. akaun : 1222 5010 0134 88
Akaun : MaarufCARE

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor