Home Berita PAS Selangor

Rumah saya kena PKPD, Syabab Care boleh bantu tak? – Naib KP PAS Selangor

20
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Kesan pendemik Covid-19 kepada rakyat adalah, peningkatan kes yang tinggi membuatkan kerajaan terpaksa menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Diperketatkan (PKPD) bagi menyekat penularan wabak tersebut. Hal ini, membuatkan pergerakan dan pekerjaan rakyat terbatas, seterusnya menjejaskan pendapatan sesebuah keluarga.

Saudara Muhammad Fadzli Abu Bakar selaku Naib Ketua Pemuda PAS Selangor yang juga penggerak utama Syabab Care Malaysia menyatakan bahawa, Team Syabab Care telah dapat sebuah permohonan bantuan daripada keluarga yang tinggal di dalam kawasan PKPD, Padang Balang, Kuala Lumpur. Lalu Team Syabab Care berbincang bagaimana untuk sampaikan bantuan.

Menurut beliau, akhirnya penerima memaklumkan kepada mereka, bantuan sumbangan boleh diserahkan di post guard PKPD. Pihak berkuasa pun benarkan. Alhamdulillah, dapat juga Team Syabab Care sampaikan sumbangan barang-barang keperluan harian tersebut kepada penerima. Rupanya ramai yang perlukan bantuan di dalam kawasan PKPD.

Semoga dengan sumbangan hasil infaq orang ramai dapat meringankan bebanan keluarga ini di musim pandemik Covid-19. “Ayuh menyumbang bersama kami. Anda sumbang, kami sampaikan. Terima kasih kepada yang telah menyumbang. Besar pahala mereka yang meninfaqkan harta membantu golongan susah” akhir kata beliau.

“Anda sumbang, Kami sampaikan”

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Bank : MAYBANK ISLAMIC
Akaun : PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN & KEBAJIKAN

No Akaun : 562209653403

Atau anda boleh klik :

Terima kasih atas keperihatinan anda. Sila WhatsApp slip transaksi sumbangan anda ke 016-2259002 untuk record.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor