Home Berita PAS Selangor

Program sanitasi dan disinfeksi kediaman pesakit positif Covid-19 – JAMK Ampang

7
SHARE

May be an image of indoor

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Sepanjang bulan Jun 2021 sebanyak 18 buah rumah pesakit positif Covid-19 atau pun mereka yang dikuarintin dan juga bebebarapa buah surau dan masjid telah berjaya disanitasi dan disinfeksi oleh Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA).

JAMK Ampang menyatakan bahawa kelengkapan yang mereka ada setakat ini sudah cukup baik dan ianya telah dinaik taraf semenjak setahun yang lalu membolehkan mereka untuk melakukan kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi dengan baik. Setakat ini antara kelengkapan utama kami adalah :-

1 buah mesin fogging 1000W
1 buah mesin fogging 900W
2 buah mesin spray pump 18 liter kuasa bateri
2 buah mesin spray pump 20 liter manual
3 buah spray pump 8 liter

JAMK Ampang memaklumkan bahawa segala sumbangan yang diterima untuk kerja-kerja amal mereka kebanyakan telah diletakan dalam dana Program A Day 4 Charity (AD4C) bagi membeli barang makanan kepada mereka yang memerlukan selain menggunakan dana daripada sumbangan orang ramai.

Jika sesiapa memerlukan khidmat sanitasi atau ingin menyumbang kepada program-program kebajikan JAMK Ampang terutama Program AD4C iaitu memberi bantuan makanan kepada yang memerlukan boleh berbuat demikian ke akaun :-

No Akaun : 8604437662
Nama : JAM AMPANG VRNTURES
Bank : CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor