Home Berita PAS Melaka

ZIARAH MAHABBAH & GELOMBANG AKIFI DMPNM DI MASJID TANAH

795
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH : Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) meneruskan lagi program ‘Ziarah Mahabbah Gelombang Akifi dengan kali ini Masjid Tanah menjadi tuan rumah program.

Program yang berlangsung pada Khamis, 2 Januari lepas itu bermula dengan semua peserta program berkumpul di PASTI An Nur pada jam 3.00 petang. Kemudian rombongan peserta ini terus mengadakan lawatan ke tiga rumah untuk menyantuni beberapa orang pesakit yang terlantar yang sudah dikenalpasti sebelum ini.

Selain menyantuni pesakit dan keluarga mereka, rombongan yang dipimpin sendiri oleh Ketua DMPNM, Cikgu Aziah Saad ini turut memberikan sedikit sumbangan sebagai tanda mata.

Setelah selesai lawatan pserta program kemudiannya pulang semula ke PASTI An-Nur untuk solat Asar berjemaah dan minum petang. Peserta kemudiannya membaca yasin, zikir munajat dan diakhiri dengan tazkirah ringkas sebelum bersurai.