Home Berita PAS Selangor

Ziarah mahabbah di 9 cawangan Hulu Bernam – PAS Kawasan Hulu Selangor

14
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Selangor

Oleh : Muhammad Alauddin

HULU BERNAM, 10 Oktober -YDP PAS Hulu Selangor Tuan Haji Mohd Hasnizan Harun bersama Lajnah Kebajikan PAS Hulu Selangor Tuan Haji Azman dan Puan Rokiah telah menjelajah ke beberapa tempat sekitar Dun Hulu Bernam untuk menziarahi serta menyampaikan sumbangan.

Turut hadir juga Ketua Zon PAS Hulu Bernam Tok Salleh, Tok Pirus dan Tuan Hamidun bagi mengiringi YDP PAS menyantuni warga Hulu Bernam. Begitu juga Pengarah JPRP Dun Hulu Bernam, Ketua Cawangan, Muslimat serta Pemuda Jabatan Amal Hulu Selangor yang turut bersama untuk menyampaikan sumbangan.

Rasa terharu dan gembira atas kehadiran daripada pimpinan PAS Hulu Selangor ke Hulu Bernam. Antara tempat yang telah diziarahi adalah di Desa Sg Tengi, Sg Tengi Selatan, Felda Soeharto, SKC Jaya, Felda Gedangsa, Gesir, Selisik dan kelumpang. Alhamdulillah, mereka telah menyambut kehadiran pimpinan dengan baik. Dikesempatan juga dapat bertemu ramah bersama mereka.

May be an image of 1 person and text

“Terasa lamanya tidak berjumpa dengan sahabat-sahabat yang otai ni”, kata Tuan Hj Hasnizan.

PAS Hulu Selangor mengucapkan Tahniah dan terima kasih kepada petugas PAS Hulu Selangor dan para penyumbang. Moga ziarah mahabbah ini dapat mengeratkan ukhwah sesama ahli.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor