Home Rencana PAS Selangor

Kejujuran dalam permuafakatan kunci perpaduan sebenar – TKP PAS Selangor

21
SHARE

May be an image of text that says "Jujur itu Mahal Kurang pandaj mungkin bisa diperbaiki, tapi kejujuran tidak akan pernah mudah untuk ditanamkan."

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Mohamed Sukri Omar
Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor

Kunci perpaduan bukan hanya berunding tetapi JUJUR dalam perundingan. Apa guna sekiranya rundingan berulang kali tetapi berlaku pengkhianatan dan ketidak jujuran. Perpaduan yang dipupuk dan dijaga hancur akibat mengkhianati kejujuran muafakat.

Usah melihat jauh musuh perpaduan tetapi musuh itu ada pada diri sendiri yang tidak jujur.

Kegagalan rundingan juga adalah disebabkan karakter perunding gelap tanpa restu Tuan Guru Presiden yang bekerja di belakang tabir. Ianya kejayaan sebenar musuh. Musuh sebenar adalah ‘cinta dunia’ dan ‘takut mati’. Berhentilah berimaginasi.

Matlamat penyatuan dibakar dengan kehendak nafsu, tamak, lobi melobi dan rasuah. Hilang keberkatan penyatuan dan muafakat kerana buah-buah yang rosak.

Begitulah hakikat yang harus dicela adalah perunding gelap yang memburuk imej parti dan menjual parti perjuangan ini pada orang lain.

Sedarkah tindakan tidak jujur dan mengaut keuntungan duniawi itu meruntuhkan imej perjuangan jemaah ini disebabkan anda dan rakan-rakan.

Seruan saya terus jujur dalam apa-apa perundingan. Ianya tanda keikhlasan diri dan cinta umat. Hiduplah sebagai pejuang berprinsip bukan mengadai prinsip demi laba dunia.

12 Oktober 2021 | 5 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor