Home Artikel PAS Pahang

Ziarah komuniti menyentuh hati

446
SHARE

Rompin 28 Sept 2020 :: Aktiviti ziarah bersama Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin, Ustaz Nazri B Hj Ahmad pada minggu ini diadakan di Cawangan Felda Keratong 3.

Program ini mensasarkan mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti stoke, masalah saraf dan lumpuh.

Ziarah ini diringi oleh beberapa ahli jawatankuasa PAS Cawangan yang diKetuai oleh Mohd B Bahran.

Program sebegini diadakan bagi mengeratkan hubungan disamping bertanya khabar mereka yang telah lama tidak kelihatan dalam kelompok komuniti setempat.

Semoga apa yang dilakukan ini dapat dilaksanakan oleh semua pihak bagi membuatkan penduduk setempat yang sakit tidak merasakan mereka terpinggir.

Penulis: Syed Razman Syed Mohamed.