Home Artikel PAS Pahang

PAS Cawangan Hulu Lepar ditubuhkan

381
SHARE

27/9/2020

Hulu Lepar :: PAS Paya Besar telah menubuhkan satu lagi cawangan baharu di Hulu Lepar (Paya Bungor). PAS cawangan Hulu Lepar merupakan cawangan ke-34 PAS Paya Besar.

Upacara pelancaran cawangan tersebut telah disempurnakan oleh YB Ustaz Mohd. Tarmizi Yahaya yang merupakan Yang Dipertua (YDP) PAS Paya Besar. Turut hadir dalam majlis terbebut adalah Ustaz Hazmi Dibok (Timbalan Yang Dipertua) bersama pimpinan-pimpinan utama yang lain.

Hazmi dalam ucapannya mengucapkan syabas kepada ahli di cawangan tersebut yang menjadi generasi awal yang mengasas atau memulakan satu sunnah yang baik yang InsyaAllah mendapat pahala berterusan kerana ianya adalah penubuhan cawangan kepada parti dan jamaah Islam yang memperjuangkan Islam.

Sementara itu, Mohd Tarmizi dalam ucapannya menyeru agar PAS cawangan Hulu Lepar berusaha untuk menguatkan PAS.

“Dimana-mana tempat yang kuat PAS, InsyaAllah kuatlah, suburlah agama disitu” ujarnya. Beliau menambah, fitrah manusia sangat suka berorganisasi tetapi dalam PAS perlu sentiasa berfikir untuk menguatkan dan mengembangkan jentera bagi membantu agama Allah S.W.T.

“Berada dalam PAS, kita akan letih, penat tapi kepenatan itu bukan untuk kepentingan dunia sahaja tetapi mengundang pahala dan kita perlu yakin bahawa apa yang kita buat ini tidak akan disia-siakan oleh Allah S.W.T”. Tarmizi menambah.

Pemilihan ahli jawatankuasa juga turut berlangsung dalam majlis yang sama. Husin bi Osman telah dipilih untuk menjadi Ketua Cawangan bagi sesi 2020-2021. Dalam ucapannya, beliau menyeru agar semua ahli PAS hulu Lepar bersama-sama berusaha dalam menjalankan kerja-kerja bagi memenangkan Islam di Dun Lepar dan Parlimen Paya Besar.

Penulis : abuirham.humaira