Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar
Oleh : Umar Al-Hayawi
KAPAR, 29 Oktober – YDP PAS Kapar, Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh telah turun menziarahi keluarga mantan Ketua PAS Cawangan Kampung Bukit Kerayong 2, Almarhum Mohd Amin bin Sarwan, yang juga merupakan mantan Ketua Kampung tersebut, di kediamannya.

Menurut PAS Kawasan Kapar, dalam siri ziarah ini telah diadakan majlis tahlil dan doa yang telah dipimpin oleh Ustaz Nasrullah Al Hafiz. Semoga sumbangan dan santunan tersebut dapat melegakan sedikit kesedihan atas ujian yang dihadapi keluarga Almarhum.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor